PIAGAM MESRA PELANGGAN SJK(C) HAN CHIANG
Kami warga SJK(C) Han Chiang dengan penuh tekun dan iltizam berikrar dan berjanji akan berusaha secara kolektif, terancang dan berterusan ke arah pencapaian kecemerlangan pendidikan sekolah dengan menumpukan perhatian kepada matlamat Wawasan 2020 dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melalui:
(i) Peningkatan prestasi akademik, kokurikulum, pembentukan sahsiah yang seimbang di kalangan pelajar-pelajar
(ii) Mewujudkan perasaan kekitaan, tanggungjawab dan penyayang di kalangan para pendidik, pelajar dan ibu bapa.
(iii) Usaha meningkatkan taraf profesionalime, komitmen dan sumbangan para pendidik,pelajar dan ibu bapa
(iv) Penyediaan prasarana dan perkhidmatan sokongan yang cekap, kemas, teratur, mesra dan serta merta bagi menjayakan Perkhidmatan Pendidikan.
Kami juga berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :-
Murid :
n Memastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang diperuntukkan.
n Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil.
n Memastikan murid yang kurang mampu akan dapat bantuan kebajikan untuk melanjutkan pelajaran mereka.
n Mencungkil kebolehannya mengikut potensinya
Staf:
n Memaksimumkan perkhidmatan dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang.
n Latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.
n Semangat berpasukan disemai dan tindakan segera dalam penyelesaian masalah.
n Permuafakatan antara staf dipereratkan melalui aktiviti Kelab Kebajikan Guru 。
Waris:
n Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra.
n Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 7 hari bekerja.
n Mengamalkan rundingcara yang tenang dan damai .
n Menggalakkan semangat bekerjasama antara ibu bapa dengan guru .